Anjak dan Ubah Paradigma

Seorang jutawan berkereta mewah masuk ke kawasan kampung. Dia berhenti sebentar betul-betul di hadapan seorang petani yang sedang mengerjakan sawah. Petani itu sedar akan kehadiran jutawan tersebut. Mereka saling berpandangan.

Si jutawan berfikir, alangkah bahagianya hidup petani ni. Miskin tapi bahagia dengan hidup dia.

Si petani pula berfikir, alangkah seronoknya hidup jutawan ni. Tak perlu membanting tulang.

Pengajarannya, jangan terlalu memikirkan persepsi orang terhadap diri kita. Tugas kita hanyalah menjadi diri sendiri. Andai nak berubah, berubahlah. Jangan tertangguh perubahan disebabkan takut pandangan orang yang akan meleset pada diri kita.

Apa yang kita perlu, ubah paradigma!
_________________________________________
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - " Setiap amalan itu ( bergantung ) kepada niatnya, dan bagi setiap manusia itu ( balasan ) bg apa yg diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin dia perolehi atau kerana seorang perempuan yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang dia hijrah kerananya."

0 comments:

Post a Comment