Belajar Menghargai Pengorbanan Sahabat

 Sekadar gambar hiasan (Gambar sahabat seperjuangan ni)

Belajarlah untuk menghargai sebelum 'mencaci' setiap apa yang ada...

"Rajie, nie barang yang awak pesan tadi...." katanya sambil memberinya dengan senyuman.

Rajie mengambil barang tersebut dan terus berkata, "laaa...nie bukan macam yang saya nak. awak nie, kan saya dah bagitahu tadi...". Kata Rajie kepada sahabatnya.

Affendy hanya mendiamkan diri apabila sahabatnya berkata sedemikian sedangkan dia bersusah payah mencari barang tersebut di deretan kedai yang ada. Matanya bertakung dengan air mata, lalu diberkata "maaflah Rajie kalau saya beli bukan macam yang awak cakap, tapi ini sahaja yang ada. Takpelah, nanti saya ganti balik duitnya ye...."

----------------------------------------------------------------------------------------

Situasi seperti ini sering berlaku kan...?

Bukankah sebaiknya Rajie berkata seperti ini, "Terima kasih Affendy sebab tolong belikan untuk saya walaupun tak serupa dengan yang saya nak, saya hargai pertolongan awak nie. Terima kasih banyak-banyak ye...."

*Kata-kata dan perbuatan kita menunjukkan akhlak dan peribadi kita. Belajarlah untuk mengubah sikap kita supaya kelihatan tenang dan berbaik sangka. Semoga kalian dapat menghadam skill ini ketika bergaul dengan insan disekelilingmu... 

Wallahualam.. :)

0 comments:

Post a Comment