Belajar Untuk Silap

3 soalan asas yang perlu kita tanya pada diri kita :

Pertama, 'Siapakah anda?'.
Kedua, 'Apakah agenda anda?'.
Ketiga, 'Apakah cara anda untuk capai agenda anda?'



Merujuk kepada soalan ini, jawapannya akan berubah mengikut peredaran zaman. Jika ditanya pada pelajar tadika, jawapannya lain. Ditanya pada pelajar sekolah rendah, jawapannya lain. Ditanya pada pelajar sekolah menengah, jawapannya lain. Hatta ditanya kepada pelajar universiti, juga jawapannya lain.

Contohnya, pelajar tadika mungkin akan menjawab 

'Akulah Cicakman!' pada soalan yang pertama, 
'Saya nak kalahkan professor klon!' pada soalan yang kedua, 
'Cari tempat persembunyian professor klon!' pada soalan yang ketiga.

Berbeza pula dengan pelajar sekolah menengah dengan jawapannya

'Saya seorang pelajar' di soalan pertama.
'Agenda saya nak lulus SPM dengan cemerlang' untuk soalan kedua.
'Saya akan belajar rajin-rajin untuk capai matlamat saya.' di soalan ketiga.

Dan soalan ini akan berubah-ubah jawapannya dari semasa ke semasa.

Begitulah hakikat kehidupan yang akan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Benarlah kata orang, pengalaman mendewasakan kita. Semakin hari semakin matang. Kadang kala, kita terpaksa menempuhi sesuatu yang sukar untuk menjadi dewasa. Sebagaimana Rasulullah kehilangan ibu bapa Baginda sejak kecil, dilatih mengembala kambing dan berdagang. Hingga Baginda menjadi seorang insan agung. Memimpin umat manusia.


Pernah seorang guru memberi pesan. Masalah yang hadir, bukan untuk ditangisi. Jangan lari dari masalah, ia akan mengejar kita. Jangan melawan masalah, ia akan menjadi bertambah buruk. Jangan lupakan masalah, ia akan mendukacitakan kehidupan kita. Masalah yg dtg pastinya membawa bersama seribu satu solusi / penyelesaian. Tugas kita adalah untuk menyelesaikannya dengan cara yang paling berhikmah.

Baru tadi menerima tohmahan dan herdikan dari seorang shbt akibat membuat kenyataan yg tidak menyenangkan. Al-Hamdulillah dpt diselesaikan dgn cara yg baik dan sekaligus memadam 'facebook' yg bg ku terlalu byk keburukan berbanding kelebihan. Mgkn ada yg sesuai utk seseorg individu menggunakannya sebaliknya bagiku belum masanya. Jika ditanya mengapa? Jwpnku, entah!   :)


Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Sebenarnya kehidupan ini juga kdg2 mengajar seribu satu makna yang menjadikan diri seperti hari ini kelihatan baik tetapi belum tentu esok. Walaupun pernah cuba lari dari hakikat ujian, masalah ataupun rintangan. Ternyata ia tak menjamin apa-apa. Tempuhilah ujian yang datang dengan sebaiknya.


Jika seseorang itu tidak pernah buat salah, maka dia tidak pernah mencuba sesuatu yang baru. Hatta sedikitpun.

Berbalik kepada tiga soalan asas itu tadi. Jawapannya tetap akan berubah dari semasa ke semasa. Dan jawapan saya pada saat ini.

"Aku Muhd Rajie Bin Lioli @ Ruslie"
"Agendaku, mujahadah untuk memenangkan Islam."
"Caraku, bersungguh-sungguh menuntut Ilmu."

Sungguh. Gelak, tawa, tangis dan duka itu mahal sekali harganya dan hanya kita dapat bila duduk dalam 'Harakah Islamiah'..

1 comments:

  1. salam alaykum...

    ya.. memang benar...

    semakin kta bsr.. smkin matang la kta.....

    ReplyDelete