Lihat gambar di bawah ini. Apakah nilaian antum melihat situasi-situasi ini? GAMBAR PERTAMA
Aku cintakan budak ni.. Aku cintakan semangatnya
Budak ni dah Syahid. Ditembak ditengah2 kepala semasa pulang dari sekolah
Untukmu Palestina tercinta, kamikan terus bersamamu
Bagaimana pula dengan yang ini? GAMBAR KEDUA
Pada gambar pertama, kelihatan kanak-kanak dan pemuda yang menunjukkan penentangan terhadap tentera Israel utk mempertahankan tanah air. Walaupun dia tahu, batu tak setanding peluru berpandu. Walaupun dia tahu, balingannya tak sekuat das tembakan. Walaupun dia tahu, usahanya sia-sia. Namun dia tetap nekad untuk berdepan dengan tentera Israel.
Berbeza pula dengan gambar di bawah. Bro-bro kita yg sedang bersiap sedia untuk memecut motor selaju yang mungkin.
Di Palestin boleh la, rakyat mundur, ditindas, tak maju, bahaya. Tapi kita di Malaysia hidup aman damai harmoni. Tak perlu baling batu kat kereta kebal dan sebagainya. Pernahkah kita terfikir apakah bentuk 'musuh' yang sedang kita hadapi?
Apakah dengan tidak adanya musuh dalam bentuk fizikal, membuatkan kita rasa bebas dan selamat dari ancaman?
Di Palestin, apabila si anak hendak keluar ke sekolah, mereka akan berkata pada ibu bapa mereka.
"Mungkin kita akan berjumpa lagi selepas ini, dan mungkin tidak..."
Hakikatnya anak-anak Palestine secara tak langsung telah terlatih untuk terus lasak hidup dalam suasana kemunduran. Apabila cuti sekolah, kebanyakan mereka mengikuti kem-kem latihan ketenteraan HAMAS. Dan ya, semestinya tarbiah yang mereka perolehi mantap! Usrah tetap berjalan walau di bawah runtuhan bangunan. Majoriti mereka hafal al-Quran kerana itulah antara 'silibus' yang diajar di sekolah.
Keberanian mereka lahir daripada iman yang mantap yang ada dalam diri mereka. Si anak kecil, mungkin hidup dia tak lama, jadi apakah sumbangannya terhadap Islam? Itulah yang membuatkan mereka begitu berani tika berdepan dengan tentera Zionis.
Iman bukannya boleh dapat menerusi pembelajaran. Belajar tinggi-tinggi sampai PhD, tapi kalau tak dapat rasa iman, tak guna juga. Dengar ceramah hari-hari, bila iman itu tak hadir, tetap tak jadi apa juga. Mungkin keimanan seseorang itu boleh hadir sewaktu dia sedang menonton video 'seksa kubur' di Facebook. Kerana Allah yang berhak mencampakkan cahaya iman dalam diri seseorang.
Menerusi keimanan yang mantap inilah yang telah menggerakkan naluri fitrah yang sentiasa inginkan kebaikan. Kerana dari imanlah lahirnya keberanian. Kerana dari imanlah lahirnya keyakinan. Kerana dari imanlah lahirnya perjuangan.
Oleh itu, bila seseorang dipilih Allah untuk merasai manisnya iman. Terasa sebak tiba-tiba bila tengah solat. Janganlah sia-siakan peluang itu. Berusahalah untuk istiqamah melakukan kebaikan. Kerana istiqamah merupakan sumber kekuatan, keberanian dan kejayaan.
Dengan iman, seseorang itu akan menghargai Islam.
Analogi yang ingin aku nak kongsikan,
pemuda A belajar dari kecil, dapat kerja bagus, kumpul duit sehingga mampu membeli sebuah kereta mewah.
Pemuda B pula malas belajar, tak suka kerja, anak jutawan, ada banyak kereta mewah.
Satu hari, pemuda C pergi ke kereta pemuda A dan pemuda B lalu pemuda C mencalarkan kedua-dua kereta itu. Siapakah yang paling sedih antara pemuda A dan pemuda B?
Begitu juga dengan iman, perlu usaha yang berterusan hingga terasa sayangnya kepada Islam. Lihat sahaja Abu Zar al-Ghifari, seorang pemuda dari kabilah Ghifari iaitu kabilah perompak. Dia menerima pancaran iman, lalu pergi ke Kaabah untuk menyatakan keislamannya. Lalu dia teruk dipukul kaum musyrikin ketika itu hingga pengsan dan dipapah para sahabat. Lihatlah betapa sayangnya para sahabat terhadap Islam. Bilal bin Rabah yang dibaringkan di atas padang pasir, seksaan sebegitu teruk bukan membuatkan imannya lemah malah makin bertambah kuat. Demi Islam, aku rela!
Lihat pula gambar kedua, bagi sesetengah orang, mungkin akan menilai mereka cool, hebat, power dan sebagainya. Namun bagi yang hidup roh tarbiahnya? Mungkin akan risau, dia pemuda Melayu yang sengaja menggadai nyawa di jalan raya. Begitu juga dengan gambar akak-akak cun lagi seksi. Mungkin bagi sesetengah orang akan melihat mereka sungguh bergaya. Namun bagaimana pula dengan mereka yang celik mata hatinya?
Kerana iman itu tunjang peribadi.


0 comments:
Post a Comment