Hari ini, aku ada melawat blog saudara seagama aku. Seronok pula, rasa ingin berangan sama. Kalau ada duit banyak, aku nak buat apa?
Jadi aku dah letak siap-siap dah. Kalau ALLAH bagi aku RM20000 sekaligus, maka aku akan buat semua perkara di bawah. Harapnya, ALLAH tidak menjadikan aku seperti Tsa’labah, Qarun dan Firaun. aku tidak meminta jadi kaya, tetapi harapnya pintu rezeki ku diluaskan. Semoga ALLAH sayang aku.
“Ya ALLAH, letakkanlah dunia itu di tanganku, jangan sesekali kau letakkannya di hatiku”
Kalau ada RM20,000, aku akan buat ini.
RM 2000 untuk abah ngan ummi.
RM 2000 untuk semua adik beradik kandung.
RM 2000 untuk sahabat handai
RM 4000 untuk meraka yang memerlukan
Ada baki RM 10000, masukkan dalam akaun HSBC -preparation kahwin-
(RM10000 tak cukup, tapi tak mengapa, insyaALLAH ALLAH akan bagi lagi, atau mungkin aku kahwin sederhana sahaja? Makan biskut cecah teh panas? Klu mcm ni lah, ada tak nak kahwin kat aku? Sbb Makan biskut cecah teh panas je. Kalau macam tu bajetnya mungkin tak sampai RM1000... ha ha ha
Semoga ALLAH sayang aku
Semoga ALLAH sayang aku
Semoga ALLAH sayang aku
Semoga ALLAH sayang kita semua
DAN
Aku pun sayang Allah.. hmmm
“ Sekiranya penduduk satu tempat itu beriman dan bertaqwa, maka akan KAMI bukakan ke atas mereka barakah dari langit dan bumi”



salam alaykum..
ReplyDeletesy cuma mau nyatakan..
yang sy sngt suka ngan PERPIS..
n
sy harap PERPIS TAWAU trutamnya.. tus maju jaya tuk mnyebarkn syiar Islam...
Harap anda trus maju... <3