Mari kita uji fitrah. Situasinya mudah. Anda berada di tengah-tengah lautan di atas sebuah sampan. Di hadapan anda terdapat 6 buah pulau-pulau kecil.
ANALOGI PERTAMA
Pulau pertama didiami oleh orang Melayu Muslim
Pulau kedua didiami oleh orang India Muslim
Pulau ketiga didiami oleh orang Cina Muslim
Pulau keempat didiami oleh orang Melayu non-Muslim
Pulau kelima didiami oleh orang India non-Muslim
Pulau keenam didiami oleh orang Cina non-Muslim
ANALOGI KEDUA
Pulau pertama didiami oleh bangsa Bajau
Pulau kedua didiami oleh bangsa Bugis
Pulau ketiga didiami oleh bangsa Jawa
Pulau keempat didiami oleh bangsa Butun
Pulau kelima didiami oleh orang bangsa Tidung
Pulau keenam didiami oleh orang bangsa Toraja
Antara satu sampai enam, pulau manakah yang akan anda pergi?
Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan.
Saya percaya, jika anda seorang Melayu(Bugis) Muslim, anda akan lebih cenderung memilih tempat yang sebangsa juga seagama dengan anda. Maaf, bukanlah saya bercakap tentang perkauman, tetapi saya cuba untuk memperlihatkan pada anda tentang tabiat semula jadi manusia yang secara fitrahnya lebih selesa bersama keturunan, bangsa, dan kaumnya.
Begitu juga dengan perumpamaan seorang Melayu yang dididik sejak kecil bersama keluarga Cina, akhirnya dia akan lebih cenderung untuk bersama dalam kalangan bangsa Cina.
Rasulullah SAW ada berpesan bahawa ibu bapa lah yang akan menjadikan anak-anaknya di kalangan Yahudi, Nasrani mahupun sebagai seorang Muslim. Nah, didikan awal menyelaraskan kecenderungan seseorang. Andai dia dididik dengan suasana jahiliah, jadilah dia seorang Yahudi mahupun Nasrani.
Walaubagaimanapun, Allah SWT lebih Mengetahui setiap sesuatu. Di genggamanNyalah hati-hati insan berada. Dia berhak membolak-balikkan hati seseorang itu. Hebat bukan fitrah manusia yang dicipta Allah, sentiasa cenderung untuk memenuhi hak dan keperluan. Rasa lapar, pergi makan. Rasa mengantuk, pergi tidur. Sama juga seperti planet-planet yang bergerak pada paksinya, bumi berputar tepat pada waktunya, hatta sel-sel dalam diri seseorang yang bekerja mengikut ketetapan yang telah ditentukan sejak azali. Inikan fitrah yang Allah jadikan.
Pernah tak dengar frasa, "Islam itu agama fitrah", maka, apakah 'significant'nya? Sudah tentu kita sebagai seorang Muslim, wajib patuh pada fitrah yang telah ditetapkan. Bila dah seorang lelaki tu, fitrahnya nak mencari seorang perempuan, janganlah lari dari fitrah dengan cari lelaki.
Baiklah, apakah pula fitrah dalam dakwah pada orang?
Dakwah, atau dalam erti kata lain, seru. Menurut istilah pula, menyeru kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran.
Sudah pastilah 'indicator' dalam dakwah adalah seorang manusia. Kalau tak, nak seru pada siapa lagi? Saya teringat sewaktu menjalankan program XPDC DAKWAH, pada segmen 'Kafilah Dakwah'. Subhanallah. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Murabbi meninggalkan kami di sebuah pekan, dan di situ kami harus berhadapan dengan orang awam untuk bercerita tentang Islam kepada mereka sambil menjualkan beberapa buku-buku Islami pada mereka. Allahu Rabbi~ Jika anda di tempat saya, sanggupkah anda runtuhkan tembok ego dalam diri anda untuk 'seru' orang pada Islam? Sanggupkah anda bermuka tembok demi 'dakwah' kepada Islam?
Pengalamn ini tiada yang dapat rasa melainkan orang yang duduk dalam PERPPIS (Bukan nak bangga tapi HAKIKAT). Kami diajar untuk mengalahkan, membuang serta meruntuhkan ego dan tentera penakut dalam diri ini dengan menjual benda 'simple' dipandangan masyarakat tapi besar harganya buat kami. Kutip derma rumah ke rumah, menjual takwim, menjual buletin, dan sebagainya tanpa GAJI.
Dari situ tahulah saya, sebenarnya kita semua ada ego yang tersendiri. Dalam masa yang sama, dakwah memerlukan interaksi dengan orang. Suka saya simpulkan di sini, ego yang menebal dalam diri telahpun menutup fitrah yang ada dalam diri kita. Impaknya, dakwah tidak berjalan, Islam tidak berkembang. Konklusi, lari dari fitrah.
Oleh yang demikian, runtuhkanlah tembok ego yang ada demi Islam. Ingat! Syaitan dan nafsu akan cuba sedaya upaya untuk melesetkan kita dari fitrah seorang Muslim. Sekiranya ego negatif ini tidak diruntuhkan, maka implikasinya kepada dakwah sangatlah besar.
Aplikasinya di mana? Sudah tentu dengan melakukan dakwah fardhiah. Jadi,
selamat berdakwah. =)

aku suka post ne..:)
ReplyDeleteKami diajar untuk mengalahkan, membuang serta meruntuhkan ego dan tentera penakut dalam diri ini dengan menjual benda 'simple' dipandangan masyarakat tapi besar harganya buat kami. Kutip derma rumah ke rumah, menjual takwim, menjual buletin, dan sebagainya tanpa GAJI.