Duduk di Restoran 'Era Food House' bersama rakan seperjuangan menonton Manchester United melawan Bolton Wanderers.
Manchester United mengalahkan Bolton Wanderers 3-0, Sabtu (14 / 1)
Gol pertama United disumbangkan oleh pemain veteran yang baru sahaja memutuskan untuk memakai kembali kasutnya yg 'power'. Paul Scholes.
Tampil di hadapan penyokong sendiri, Unitd mengambil kesempatan unggul pada minit ke-22. Sama-sama mengejar sodoran Danny Welbeck. Zat Knight kalah larian pantas oleh Antonio Valencia sehingga mendorong pemain tengah tuan rumah itu memberi Penalti. Malangnya pelaksanaan Wayne Rooney gagal menghasilkan gol kerana berjaya dibaca oleh penjaga gol Adam Bogdan.
Tepisan itu sekurang-kurangnya mengubati nestapa Bogdan minggu lalu apabila diserang 'team' Howard dari seberang padang. Sebaliknya, kegagalan Rooney merupakan yang kedua secara berturut-turut setelah peluang yg sama pada perlawanan Piala FA menentang Manchester City.
Namun, kegagalan itu diubati oleh Scholes.
Masuk masa tmbhan separuh masa pertama, Scholes melepaskan tembakan menyilang yang menusuk jala gawang Bogdan. United menutup babak pertama dengan keunggulan satu gol.
Scholes sebenarnya selamat dari hukuman pengadil Peter Walton selepas melakukan kesalahan berbahaya terhadap Mark Davies.
Bolton cuba bangkit. Di awal babak kedua, peluang menyamakan kedudukan muncul. Lolos di kawasan pertahanan lawan, Davies memberikan bola kepada David Ngog. Tembakan Ngog melayang. Pilihan yang buruk, kerana Martin Petrov sudah dlm keadaan berdiri dan tidak dikawal oleh sesiapa pun.
Peluang seterusnya muncul. Susulan Gretar Steinsson terlepas dari tangkapan Anders Lindegaard. Beruntung Rafael da Silva masih berada di tiang jauh untuk menghalau bola.
United sekali lagi mencari peluang melalui gol kedua. Minit 74, Welbeck menyambar umpan Rooney untuk menakluki Bogdan. Gol tersebut meurpakan yang kelapan baginya. Malangnya, Welbeck harus keluar dsbbkn kecederaan setelah digasak oleh Sam Ricketts. Dia digantikan oleh Javier Hernandez.
Michael Carrick melengkapkan kemenangan United sembilan minit berselang setelah menerima maklum balas daripada Ryan Giggs.
Kini United menyamai kejayaan City di puncak klasemen dan hanya kalah perbezaan gol. Sementara Bolton naik satu peringkat di atas tangga liga dengan 16 mata daripada 20 perlawanan.


0 comments:
Post a Comment