Kadang kala, hati terasa cemburu melihat teman-teman yang dapat tarbiah langsung di bumi tarbiah itu sendiri. Ya, sangat cemburu. Mudah sangat jatuhnya air mata cemburu. Siapa tak cemburu? Ketukan demi ketukan tarbiah bertalu-talu dari celik mata, sampai pejam mata. Hidup bersama insan yang turut ditarbiah. Setiap hari diisi dengan taujih dah zikir yang membangun jiwa. Memantapkan iman. Memperkasa jati diri.
Berbanding di bumi sendiri yang terlalu mencabar. Nak dapat pengisian kena cari sendiri, usaha sendiri, hidupkan sendiri. Hidup bersama mereka yang tidak berada dalam saf tarbiah. Dakwah Fardhiah menjadi keperluan asasi. Bila nak kikis karat mazmumah, datang pula godaan demi godaan. Hingga terkadang turut sama hanyut dilanggar jahiliah. Pengisian seminggu sekali. Lagi-lagi dalam suasana yang sangat mencabar. Pergaulan yang terlampau bebas. Akhlak yang terlampau corrupt. Jati diri yang hilang entah ke mana.
Rasa tu sakit. Rasa tu pedih. Rasa tu berbisa.
Tak guna hebat dakwah sini sana, jika tarbiah tak mantap. Hakikatnya hanyalah melahirkan tin-tin kosong.
Buat teman yang dapat tarbiah langsung, yang berlari makin berlari. Yang berjalan semakin laju. Sedangkan diri? Nak berlari tak mampu dalam gelombang tarbiah. Silap langkah pasti punah.
Sesungguhnya di mana Allah letakkan kita, itulah tempat terbaik untuk kita dapat tarbiah.
Mahu tidak mahu, aku mesti akui. Mohon doa agar diri terus diberi kekuatan untuk menggerakkan jentera tarbiah. Tanggungjawab tak semudah yang disangka. Nak dapatkan pengisian-pengisian sang murabbi dah jadi satu cabaran. Nak wujudkan suasana soleh juga menjadi cabaran. Bimbang pengislahan diri tergendala dek hentaman demi hentaman arus jahiliah.


pintu UMS sentiasa terbuka luas.
ReplyDeleteInsyaallah.. Ada pilihan dihadapan.. :)
Delete